Rasa sunyi, sepi, mesti pernah rasakan.?? BTW, ayda pun tengah merasakannya. Maybe orang kata, "tak ada oranga nak paham aku." Tapi korang lupa ke yang sebenarnya korang yang tak paham diri sendiri. Ramai je yang paham korang. Contohnya:kengkawan, family, cikgu/pensyarah dan paling paham korang ialah Allah S.W.T. . Ayda percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. So, tak payah nak cakap la yang korang kesepian.
Banyak cara yang boleh korang kurangkan rasa kesepian/kekecewaan korang tu.
1. Cerita dekat sesiapa yang korang percaya, at least, korang rasa lega dan maybe korang dapat kata kata semangat dari orang yang korang percayai.
2. Beriadah. Bawa bersenamlah. Banyak aktiviti yang korang boleh buat. Joging, bermain tenis, main bola sepak and so on. At the same time, badan korang tu sihat sikit.
3. Hang out dengan kengkawan @ family. Pergi shopping ke, pergi tasik ke. Ikut suka korang la nak pergi mana.
4. Last sekali, buat solat hajat. Mintak pada Allah supaya dipermudahkan korang menjalani ujianNya.
Tu je la Ayda boleh kasi tips. Nak lebih kena bayar. Hahaha*gurau je. Ingat! Setiap masalah yang kita alami, mesti ada penyelesaiannya. Tak payah nak sedih sangat sampai jejas pelajaran/perkerjaan korang.
Sekian entri kali nie. Bye bye.
Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.