background

Ahad, 14 Julai 2013

Oh, seberang laut...

Lama kot dah tak menconteng disini. Tak ada benda nak cakap la. Eh, lupa plak. Selamat menyabut ramadhan al mubarak.!
 Hah....Ayda baru dapat result upu. Pergh... Jauh gila.. "Oversea" tau tak. I got UNIMAS. Course pengkomputeran multimedia. Tak tahu nak pergi ke tak. bukan sebab jauh tapi course yang agak aku takut bila fikir masa depan. 
Tapi bila fikir fikir balik, tak ada la scary sangat pun. Just kena belajar lebih sikit la sebab banyak saingan bidang nie. So, Ayda kena belajar betul betul. Tak boleh dah nak main main. Banyak hal kena uruskan. BTW, ayda dapat kolej Allamanda. Mix girls and boys. So, kena la pandai jaga diri.
 Maybe ini adalah pilihan terbaik. Biarlah takdir yang menentukan. 
Sampai sini je la. Publish!

Rabu, 20 Mac 2013

Hilangkan rasa sunyi. Wake up!!

Rasa sunyi, sepi, mesti pernah rasakan.?? BTW, ayda pun tengah merasakannya. Maybe orang kata, "tak ada oranga nak paham aku." Tapi korang lupa ke yang sebenarnya korang yang tak paham diri sendiri. Ramai je yang paham korang. Contohnya:kengkawan, family, cikgu/pensyarah dan paling paham korang ialah Allah S.W.T. . Ayda percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. So, tak payah nak cakap la yang korang kesepian.
Banyak cara yang boleh korang kurangkan rasa kesepian/kekecewaan korang tu.
1. Cerita dekat sesiapa yang korang percaya, at least, korang rasa lega dan maybe korang dapat kata kata semangat dari orang yang korang percayai.
2. Beriadah. Bawa bersenamlah. Banyak aktiviti yang korang boleh buat. Joging, bermain tenis, main bola sepak and so on. At the same time, badan korang tu sihat sikit.
3. Hang out dengan kengkawan @ family. Pergi shopping ke, pergi tasik ke. Ikut suka korang la nak pergi mana.
4. Last sekali, buat solat hajat. Mintak pada Allah supaya dipermudahkan korang menjalani ujianNya.
Tu je la Ayda boleh kasi tips. Nak lebih kena bayar. Hahaha*gurau je. Ingat! Setiap masalah yang kita alami, mesti ada penyelesaiannya. Tak payah nak sedih sangat sampai jejas pelajaran/perkerjaan korang.
Sekian entri kali nie. Bye bye.

Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.

Selasa, 12 Mac 2013

Cik tikus dibedah!!

Isnin lepas ada experiment biology. Yang bestnya kali nie kita orang kena observe organ dalaman tikus. Maknanya kena bedah tikus. Madam suruh dua orang bedah seekor tikus. *geli la tu. Lepas habis taklimat macam mana nak bedah tikus, masing masing pun ambik la tikus. Ada besar, ada kecik. Group ayda dapat yang besar punye. Mula mula dah nak nangis sebab kesian dekat tikus tu tapi madam cakap "tak pe, niat nak belajarkan.? Lagi pun tikus tu dah mati rasanya." Aku pun tabahkan la diri untuk bedah tikus tu. Seriously, best giler. *lompat2.. Patner ayda banyak suruh ayda yang buat sebab dia tak berapa nak berani *takot.. Satu lab tu dok enjoy dengan tikus tu. Siap snap gambar berbagai. Ayda pun sama. So, nie gambar tikus nya.

Rabu, 12 September 2012

LIfe Must Go On !!!!

Hampir sebulan aku menjawat jawatan sebagai "PELAJAR" di KMPh. Hahaha..
BTW, happy sangat  sangat sebab perjalanan hidupku baru bermula.
Al-maklum la budak baru balajar.. Hehehe..
Walaupun macam macam dugaan yang melanda, tapi aku tetap berdiri teguh.
Thanks for all person beside me because always give new spirit to me.
Pray for me.

Haaa... Ada something nak share nie. Biasa la budak sebaya aku zaman sekarang nie, kebanyakannya dah berpunya.Ada yang sebaya aku dah pun berumah tangga.*jangan tanya aku bila nak kahwin.
Eh, sambung balik. Bila borak dengan member member, macam macam perancangan untuk masa depan. Ada yang nak kerja dulu baru kahwin,ada yang nak kumpul aset dulu baru kahwin, and ada pulak yang nak kahwin time study. Macam macam la angan dia orang. Aku tak ada la pikir sampai macam tu. Just baru nak mula start serius dalam relationship. *Zaman sekolahkan kenal cinta monyet je. 
Member aku kata lebih kurang tujuh tahun lagi kita nak kenal seseorang. Bagi la aku sepuluh tahun pun, aku rase aku tak boleh faham laki nie macam mane. Complexity. Bak kata orang la, "banyak cekadak". HAHA *evil laugh
Admire someone else lagi best dari couple dengan dia. No hurt feeling. 
Sebut pasal admire nie, aku pun ada. Entah apa yang special pasal dia nie, aku pun tak taw. Berani usha je. BTW, kita orang kawan. *tak berani nak lebih lebih.
Dia agak pemalu jugak la. Rajin senyum dengan siapa pun dia jumpa. Tapi aku confius la, aku nie admire dia tahap mana. Sebenarnya aku tak nak pun rasa macam nie. Sedaya upaya aku cuba mengelak ada feel macam nie. Buat hati tak tenteram la. Arghhhh..
So, aku akan sedaya upaya tahan perasaan nie. Aku takut kalau dia tahu, maybe we cannot be friend anymore. Its couln't be!! Ala ala, macam lagu ainan tasnim Aku suka dia.
Out, dulu....


Jumaat, 3 Ogos 2012

UPS vs Ramadhan vs Stress

Oh, no!! Next week I've UPS. Stand for Ujian Penilaian Semester. Actually, Ayda tak ready lagilah. Dengan stressnya. Takut tak dapat jawab. BTW, nak tak nak kena juga hadapinya. Tapi bulan puasa bukan alasannya. Puasa tetap puasa taw. Orang lain stay up sepanjang malam sebab study tapi Ayda study muka buku. Study jugak la kan? Wishes my friends and me luck in our examination. 

My lecturer.

Out.Nak tidur lah.. ZzZzZzZ